fbpx

Peti ais jadi ‘katil’ budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang bayi yang sedang lena dalam sebuah peti ais.

PETALING JAYA- Mungkin terlalu penat atau keadaan cuaca yang panas menyebabkan seorang kanak-kanak terlena di dalam sebuah peti ais.

Aksi tersebut dirakam oleh seorang pengguna sebelum dikongsi di laman Facebook Kepala Berputar.

Menerusi klip video berdurasi 17 saat itu, kelihatan kanak-kanak berkenaan sedang tidur nyenyak sehingga ia tidak sedar aksinya itu sedang dirakam.

Difahamkan bahawa klip video tersebut telah dirakam salah seorang anggota keluarganya sebelum tular di laman sosial.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna telah meninggalkan pelbagai komen terhadap aksi kanak-kanak tersebut seperti komen Atanna Anna.

“Mungkin cuaca sekarang terlalu panas sehingga peti ais itu menjadi tempat paling selesa untuk dia,”tulisnya

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Anna Kasura.

“Cuaca panas ini, pandai dia cari tempat untuk tidur,”ujarnya.

Sementara itu, ada juga pengguna melahirkan kebimbangan terhadap aksi kanak-kanak tersebut seperti komen yang ditinggalkan Aina Rahim.

“Terhibur melihat telatah budak ini tetapi tindakkannya sangat bahaya. Tolong pasang penghawa dingin kerana cuaca sekarang terlalu panas,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI