fbpx

Kesalahan kamu serius, untuk kepentingan diri kamu sendiri – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH ALAM - Wan Kamarulbahri diiringi anggota SPRM ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini - Zulfadhli Zaki

SHAH ALAM – “Kamu kena tahu kesalahan yang kamu buat ini adalah kesalahan serius..kamu buat begini bukan untuk bantu syarikat tapi untuk kepentingan diri kamu sendiri,”.

Demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh terhadap seorang bekas pengurus syarikat pengangkutan yang dihukum penjara sehari dan denda RM20,000 atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan sub kontraktor.

Hakim Rozilah menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu terhadap Wan Kamarulbahri Wan Roslan, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara sehari itu bermula hari ini dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Wan Kamarulbahri dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat permohonan syarikat Kay R Resources (M) Sdn. Bhd .bertarikh 20 Ogos 2019.

Surat permohonan itu adalah untuk mendaftar sebagai sub kontraktor pengangkutan kepada FGV Transport Services Sdn. Bhd. bagi mengangkut minyak sawit dan baja, yang tertuduh ketahui, ia adalah satu dokumen palsu.

Kesalahan itu dilakukan di syarikat perkhidmatan pengangkutan itu di Pelabuhan Klang pada 26 Ogos 2019 yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu peguam Muhammad Noor Azfar Noor Azmi yang mewakili tertuduh merayu agar satu  hukuman denda minimum dikenakan terhadap kerana merupakan kesalahan pertama selain tertuduh kesal serta insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noryusriza Zulkifli memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kerana kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh.

“Dalam kes ini, syarikat telah memberi kepercayaan kepada tertuduh namun tertuduh telah memungkiri amanah itu (berkerja),” kata Noryusriza.

Semalam Kosmo! Online melaporkan seorang bekas pengurus syarikat pengangkutan berkaitan kerajaan (GLC) bakal didakwa salah guna kuasa membantu syarikat isterinya bagi pelantikan sub kontraktor di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor kira-kira pukul 2 petang.

Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan jawatannya bagi menyokong sebuah syarikat milik isterinya untuk dilantik melakukan kerja-kerja mengangkut bahan mentah komoditi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI