fbpx

EL Salvador isytihar darurat, 62 maut dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Salvador melakukan rondaan di jalan di San Salvador kelmarin. - AFP

SAN SALVADOR, El Salvador – Presiden Nayib Bukele mengisytiharkan darurat di El Salvador selepas lebih 60 orang terbunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Seramai 62 orang terbunuh Sabtu lalu selepas 14 yang lain mati pada hari sebelumnya. 

Kongres El Salvador meluluskan permintaan Bukele untuk mengisytiharkan darurat kelmarin berikutan insiden keganasan yang dianggap paling buruk sejak beberapa tahun lalu.

Angka 76 kematian yang dicatatkan dalam tempoh dua hari itu adalah jauh lebih tinggi berbanding 79 orang terbunuh sepanjang Februari lalu.

Menurut polis, pembunuhan itu dipercayai diarahkan oleh kumpulan penjenayah Mara Salvatrucha (MS-13). Polis telah menangkap lima ketua MS-13.

Kumpulan-kumpulan penjenayah jalanan dilaporkan mengawal sebilangan kejiranan di ibu negara, San Salvador di mana anggota polis dan tentera yang lengkap bersenjata melakukan rondaan. 

Kumpulan-kumpulan penjenayah mencemarkan imej negara  Amerika Tengah itu yang menyaksikan El Salvador muncul sebagai antara negara yang mempunyai kadar jenayah paling buruk di dunia.

Dekri darurat itu melenyapkan hak asasi seperti kebebasan berhimpun dan membenarkan anggota pasukan keselamatan membuat tangkapan tanpa pendakwaan lebih dari 30 hari.

Penyelidikan oleh firma Statista pada 2021 menunjukkan El Salvador mempunyai kadar pembunuhan paling dahsyat di dunia iaitu 82.8 bagi setiap 100,000 penduduk. Negara Honduras pula berada di tempat kedua dengan angka  56.5. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI