fbpx

13,336 kes Covid-19, 54 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem persekolahan antara yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19. - Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 13,336 kes dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia sebanyak 4,152,203 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 189 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (6,509 kes), Kuala Lumpur (1,317 kes), Johor (856 kes), Kedah (779 kes), Pulau Pinang (640 kes), Negeri Sembilan (488 kes), Perak (482 kes), Sarawak (470 kes) dan Terengganu (418 kes).

“Seterusnya, Pahang (413 kes), Kelantan (328 kes), Melaka (309 kes), Sabah (194 kes), Perlis (52 kes), Putrajaya (49 kes) dan Labuan (32 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 54 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,842 kes serta sebanyak 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,348 kes.

Sebanyak 220,872 kes aktif dilaporkan melibatkan 214,723 kes dikuarantin di rumah, 873 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,988 kes di hospital, 103 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 185 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI