fbpx

Tiga rakan mengaku salah khianat, cubaan curi mesin ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga rakan dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan melakukan khianat dan cubaan curi ke atas sebuah mesin ATM di Pekan Johol, hujung tahun lalu. /FOTO NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Tiga rakan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan melakukan khianat dan cubaan curi ke atas sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pekan Johol, hujung tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Faris Zaki, 29, Mohd. Najib Husin, 26, dan Mohd Ridzuwan Md Daud, 36, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama individu yang masih bebas kira-kira pukul 4 pagi, 13 Disember lalu di Pondok Mesin ATM Pekan Johol telah didapati melakukan khianat dengan memecahkan cermin pondok mesin ATM dan kerugian adalah bernilai RM1,500.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua bersama-sama, kesemua tertuduh juga pada tarikh, masa dan lokasi serupa telah didapati cuba mencuri mesin ATM yang merupakan aset Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Sementara itu, Mohd Ridzuwan turut berhadapan dengan satu lagi pertuduhan iaitu telah mencuri sebuah kereta jenis Proton Iswara kira-kira pukul 3 pagi di Pekan Dangi, Kuala Pilah pada 16 November tahun lalu.

Manakala, bagi tertuduh Mohd Najib pula, Majistret menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh sabitan bagi kesalahan menyembunyikan kenderaan curi.

Difahamkan, cubaan ketiga-tiga tertuduh untuk mencuri mesin ATM Pekan Johol gagal apabila kabel disambung dengan sebuah van Nissan Vanette dan kereta Proton Iswara Aeroback untuk menarik mesin berkenaan putus. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI