fbpx

Chris Rock dilempang ejek rambut botak isteri Will Smith

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Will Smith (kanan) naik ke pentas dan menampar Chris Rock dalam siaran langsung Academy Awards kerana mempersendakan kepala botak isterinya, Jada.

MEMPERLEKEHKAN kondisi kepala botak isteri Will Smith iaitu Jada Pinkett yang mengalami masalah Alopecia atau keguguran rambut, pelawak Chris Rock dilempang pelakon tersebut dalam acara Academy Awards.

Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada mempunyai potensi untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin.

Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan melempang Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celoparnya.

Disebabkan insiden tidak dijangka tersebut, siaran langsung Academy Awards yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies (Astro 413) tergendala seketika di Malaysia.

“Tolong jangan sebut nama isteri saya di celopar kamu,” teriak Will atau nama lengkapnya, Willard Carroll Smith II selepas tangannya ‘terbang’ di wajah Chris.

Sekadar info, isteri Will, iaitu Jada menderita masalah keguguran rambut kronik atau alopecia yang didedahkan kepada umum sejak hujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI