fbpx

Agong berkenan lawat pameran DSA 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (depan kanan) diiringi oleh Hishammuddin (tengah) dan Hamzah Zainuddin (kanan) bergambar bersama wakil dari Turki Aerospace ketika melawat ke tapak Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022, hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Dalam lawatan tersebut, baginda berkenan melawat ketiga-tiga aras ruang pameran yang terletak di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

DSA 2022 edisi ke-17 kali ini dianjurkan bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri yang bertemakan ‘Memajukan Era baru Pertahanan dan Keselamatan’ bermula hari ini sehingga 31 Mac. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI