fbpx

Agong, Raja Permaisuri sambut Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di Istana Negara, hari ini.

Menurut kenyataan, Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara berlangsung dengan kehaditan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, beserta barisan Jemaah Menteri, serta Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Pegawai Kanan Kerajaan, dan kakitangan istana.

Sambutan bermula dengan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara, yang diimamkan oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Hj Munir Md Salleh, yang turut membacakan khutbah Hari Raya.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat ke majlis santapan di Dewan Santapan Utama Istana Negara yang menyajikan pelbagai juadah tradisi sempena perayaan Aidilfitri.

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI