fbpx

26,171 kes sembuh, 100 kes kategori 3, 4 dan 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 26,171 kes, sekali gus melepasi jangkitan baharu dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,870,937 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 semalam merekodkan 16,863 kes dengan 100 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,652 kes (51.31 peratus), kategori dua sebanyak 8,111 kes (48.10 peratus), kategori tiga sebanyak 48 kes (0.28 peratus), kategori empat sebanyak 29 kes (0.17 peratus) dan kategori lima 23 kes (0.14 peratus).

“Daripada 100 kes kategori tiga, empat dan lima, 30 kes (30.00 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 44 kes (44.00 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster) dan 26 kes (26.00 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 69 kes (69 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 63 kes (63 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 299 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 187 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI