fbpx

Singapura akan waspada ‘taring’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRI menegaskan bahawa aksi menentang Malaysia sentiasa menjadi sesuatu yang cukup istimewa dan peluang kedua-dua pasukan boleh dianggap seimbang. – FB FA SINGAPURA

KEPANTASAN dan kualiti yang ada pada jentera serangan Harimau Malaya nyata menghadirkan rasa gerun buat Singapura menjelang perhitungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Singapura malam ini.

Daripada pemerhatian pengendali sementara Singapura, Nazri Nasir, pemain Malaysia juga kini berada dalam ‘mood’ terbaik kerana keseluruhan pasukan pasti mahu menjadikan perlawanan ini sebagai pentas untuk memikat hati Kim Pan-gon.

“Saya sudah kenal pemain saya dan kali ini turut membawa masuk beberapa muka baharu. Perseteruan adalah normal, namun sebagai pemain atau jurulatih, perlawanan menentang Malaysia sentiasa menjadi sesuatu yang cukup istimewa.

“Kita dapat lihat Malaysia bermain baik ketika menentang Filipina dan mereka akan menjadi lawan yang cukup sukar. Apa pun, kami akan terus bekerja, seterusnya kita lihat nanti.

“Kami faham pemain (Malaysia) mahu menarik perhatian jurulatih baharu. Malaysia cukup laju, begitu bagus di jentera serangan dan sudah pasti kami perlu waspada,” katanya pada sidang akhbar atas talian semalam.

Berdasarkan enam rekod pertemuan, peluang kedua-dua pasukan boleh dianggap seimbang dengan masing-masing merekodkan dua kemenangan, dua kalah dan dua seri, namun aksi terakhir pada 2019 memihak kepada Singapura yang mengatasi Malaysia 1-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI