fbpx
HAZIZ Hassan (tengah) bersama Siti Mazlina (dua dari kanan) melihat juadah berbuka puasa yang ditawarkan pihak hotel pada Majlis Pelancaran Karnival MAH NS, Festival Makanan Negeri Sembilan 2022 Sempena Ramadan di Seremban, semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Harga bufet Ramadan dijangka naik 20 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN- Harga bufet Ramadan pada tahun ini dijangka akan mengalami kenaikan sebanyak 20 peratus berikutan berlakunya peningkatan harga barang mentah ketika ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan Haziz Hassan berkata, kenaikan harga tersebut sehingga 20 peratus itu bagaimanapun masih pada kadar yang berpatutan.

“Kebanyakan hotel terpaksa menaikkan harga bufet Ramadan susulan kenaikan harga barang. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan Lembah Klang, harga bufet Ramadan di Negeri Sembilan masih lagi lebih rendah.

“Masih ada lagi hotel yang menawarkan promosi pada harga RM45 malah ada juga yang memberikan pengurangan harga bufet Ramadan kepada golongan kanak-kanak dan warga emas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Karnival MAH NS, Festival Makanan Negeri Sembilan 2022 Sempena Ramadan di sini semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN