fbpx

Kos pematuhan punca harga rumah kekal tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG – Kos pematuhan antara punca utama yang mengakibatkan harga kediaman di negara ini kekal tinggi, berdasarkan laporan Perumahan Menuju Ke Hadapan – Memahami Kos dan Harga Lestari yang diterbitkan REHDA Institute semalam.

Pengerusinya, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata, berbanding kos buruh, bahan mentah dan tanah yang sentiasa meningkat, kos pematuhan kurang dibincangkan sedangkan ia salah satu faktor yang mampu dikawal kerajaan untuk menjadikan harga rumah di Malaysia lebih mampu milik.

Beliau memberi contoh bagi pembangunan sebuah perbandaran sekitar 15 hingga 20 tahun lalu, sekitar 60 peratus daripada tanah yang dibangunkan pemaju boleh dijual kepada pembeli dan hanya 40 peratus perlu diserahkan kepada pihak berwajib untuk kemudahan infrastruktur.

“Bagaimanapun keadaan sekarang sudah terbalik, pemaju hanya boleh menjual 40 peratus daripada tanah yang dibangunkan, manakala 60 peratus lagi adalah untuk kos pematuhan antaranya melibatkan pembinaan jalan raya, sekolah, taman dan sebagainya.

gambar hiasan

“Lebih mengecewakan, ada kes yang mana tanah diserahkan pemaju kepada kerajaan, akhir­nya diberikan kepada pihak ketiga untuk tujuan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran laporan berkenaan di sini.

Berdasarkan laporan tersebut, sekitar 21.8 peratus hingga 32.5 peratus daripada nilai pembangunan kasar sesebuah projek perbandaran adalah untuk kos pematuhan, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk lokasi, jenis dan saiz.

Laporan berkenaan yang mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan antara lain mengetengahkan 21 cadangan kepada kerajaan untuk menangani pelbagai isu yang menyelubungi industri perumahan negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI