fbpx

China larang singkirkan Rusia daripada forum G20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS menyusun bendera negara-negara ahli G2O sebelum persidangan berlangsung di Rom, Itali pada 30 Oktober 2021. - AFP

BEIJING – China menegaskan bahawa Rusia tidak boleh disingkirkan daripada persidangan G20 disebabkan kedudukan negara itu sebagai ahli penting, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Gesaan itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, selepas Washington menyuarakan jangkaan berhubung penyingkiran Moscow daripada kumpulan itu.

“G20 merupakan forum utama bagi kerjasama ekonomi. Rusia merupakan ahli penting bagi G20 dan tiada negara ahli mempunyai hak untuk menyingkirkan negara lain,” kata Wenbin kepada pemberita.

Kenyataan Beijing itu menggambarkan hubungan diplomatik yang kukuh antara China dan Rusia meskipun Moscow semakin dipinggirkan oleh banyak negara ekoran sekatan yang dikenakan.

Dalam pada itu, Penasihat Keselamatan Negara White House, Jake Sullivan pada Selasa lalu berkata, Amerika Syarikat (AS) akan mengetuai tekanan yang dikenakan ke atas Rusia bagi menyingkirkan keahliannya dalam forum-forum antarabangsa.

“Bagi kes G20, saya ingin menyatakan bahawa kami percaya segala-galanya kini telah berubah untuk Moscow (dari segi institusi dan masyarakat antarabangsa),” ujar Sullivan.

Sebarang kemungkinan untuk menyingkirkan Rusia daripada G20 hanya akan berlaku menerusi undian ahli-ahli lain termasuk China, India dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa beberapa negara tidak akan hadir ke mesyuarat itu tahun ini disebabkan krisis tersebut.

Sementara itu, Duta Rusia ke Indonesia, Lyudmila Vorobieva memberitahu bahawa Presiden Vladimir Putin berhasrat untuk menghadiri persidangan G20 akan datang di Pulau Bali pada November depan.

“Ia bergantung kepada pelbagai perkara termasuk situasi Covid-19 yang kini dilihat semakin baik. Setakat ini, beliau berhasrat untuk menghadirinya,” jelas Vorobieva. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI