fbpx

Wanita lemas mandi Air Terjun Gunung Ledang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Nurul Syafiqa yang ditemui mati lemas ketika mandi di Air Terjung Gunung Ledang, Tangkak, pagi tadi.

TANGKAK – Aktiviti riadah seorang wanita bersama rakan-rakannya bertukar tragedi selepas dia ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Jalan Sagil-Jementah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Nurul Syafiqa Mokhtar, 21, disahkan meninggal dunia sejurus ditemui pihak bomba sejam kemudian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Ridhuan berkata, hasil maklumat daripada saksi awam mengatakan mangsa dipercayai lemas ketika beriadah di kawasan air terjun berkenaan.

“Anggota bomba telah mendaki ke lokasi yang dilaporkan. Hasil pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ menemui mangsa pada pukul 11.38 pagi.

“Pemeriksaan pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dibawa turun ke kaki gunung untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian, operasi tamat pada pukul 12.54 tengah hari.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI