fbpx

Saintis cipta pil perancang kehamilan untuk lelaki bebas hormon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil perancang kehamilan bagi kaum lelaki menawarkan lebih banyak pilihan bagi pasangan yang ingin menjarakkan kelahiran anak. - The Sun

SAINT PAUL, Minnesota – Sejenis pil perancang kehamilan yang akan ditawarkan kepada kaum lelaki dijangka memberi harapan baharu dalam pemilihan kaedah kontraseptif, lapor akhbar The Sun, semalam.

Ubat yang tidak melibatkan penggunaan sebarang hormon itu dikatakan berkesan hingga 99 peratus dalam menghalang kehamilan daripada berlaku dalam uji kaji tikus makmal.

Ia menyasarkan gen yang menghasilkan asid retinoik iaitu satu bentuk vitamin A yang memacu perkembangan sperma.

Percubaan klinikal ke atas manusia mungkin bermula pada akhir tahun ini.

Kebanyakan ujian klinikal pil kontraseptif menyasarkan testosteron hormon seks lelaki yang boleh menyebabkan obesiti dan kemurungan.

Penulis utama kajian, Abdullah Al Noman dari Universiti Minnesota berkata, pihaknya membangunkan kontraseptif bukan hormon untuk mengelakkan kesan sampingan tersebut.

Pada masa ini, hanya terdapat dua bentuk kontraseptif untuk lelaki iaitu penggunaan kondom dan vasektomi (pemotongan salur pembawa sperma).

Kondom hanya boleh digunakan sekali dan tidak dijamin untuk mengelakkan kehamilan.

Vasektomi pula adalah satu kaedah pemandulan berbentuk pembedahan yang mahal dan tidak semestinya berjaya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI