fbpx

Pengembara wajib muat turun, aktif MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan setiap pengembara untuk memuat turun serta mengaktifkan aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk dalam protokol yang telah disediakan oleh KKM bagi menjadikan Malaysia destinasi selamat serta mengelakkan kesesakan di pintu masuk antarabangsa.

“Sebelum berlepas, pengembara perlu memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi yang boleh diakses melalui ikonTraveller dalam MySejahtera.

“Pengembara juga perlu melaporkan dan memuat naik keputusan Ujian RT-PCR yang telah dilakukan dua hari sebelum berlepas,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI