fbpx

Bersembunyi di sebalik ‘perisai’ halimunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERHATI tidak dapat melihat subjek yang berdiri di belakang perisai halimunan tersebut. - Oddity Central

LONDON – Sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di Britain, Invisibility Shield Co. mencipta ‘perisai’ halimunan yang menjadikan penggunanya tidak dapat dilihat pada mata kasar, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Penciptaan mekanisme halimunan mampu milik itu diusahakan selama lebih dua tahun dengan mendapat ilham daripada jubah daripada filem Harry Potter.

Perisai berkenaan dicipta menggunakan susunan kanta kejuruteraan ketepatan untuk memesongkan cahaya daripada subjek yang berada di belakangnya. 

Kanta itu diorientasikan secara menegak untuk membenarkan cahaya daripada subjek meresap apabila melalui perisai.

Cahaya dari latar belakang subjek pula dibiaskan ke arah pemerhati yang tidak dapat melihat subjek bersembunyi di sebalik perisai.

“Dari perspektif pemerhati, cahaya latar belakang dihilangkan secara mendatar pada muka hadapan perisai di kawasan di mana subjek biasanya dilihat,” kata syarikat itu.

Perisai cermin berkenaan didatangkan dalam dua saiz iaitu standard (0.9 x 0.6 meter) pada harga AS$394 (RM1,663) dan versi kedua (30.5 x 20.3 sentimeter) pada harga AS$64 (RM270) termasuk penghantaran antarabangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI