fbpx

Semak deskripsi tugas penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafiq pada sidang akhbar di Hotel dan Pusat Konvensyen dan Hotel Movenpick KLIA, Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Deskripsi tugas penjawat awam perlu disemak semula bagi menangani isu rasuah dan integriti dalam kalangan kakitangan perkhidmatan kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah berkata, kakitangan awam yang diambil bekerja dalam perkhidmatan perlu mematuhi kriteria termasuk kelayakan fizikal dan akademik serta perwatakan.

Menurutnya, penjawat awam juga sentiasa diingatkan supaya patuh dengan peraturan sedia ada malah, nilai baik turut ditanam melalui kursus serta latihan semula.

“Justeru jika berlaku pelanggaran dari segi rasuah dalam kalangan penjawat awam terutama penguat kuasa, saya setuju untuk disemak semula deskripsi tugas penjawat awam.

“Mungkin pekeliling-pekeliling yang hendak dikuat kuasa itu perlu diubah, tak relevan lagi. Jadi kita kurangkan punca berlaku rasuah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Persidangan Penyelidikan Governas, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Mohd. Shafiq yang mewakili Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, satu daripada cara untuk mengurangkan perbuatan rasuah dalam kalangan penguat kuasa jabatan dan agensi ialah penggunaan teknologi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI