fbpx

Spurs susun langkah buru The Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kanan) berjaya meledak dua gol ketika membantu Spurs menewaskan West Ham awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte mendedahkan bahawa skuad kendaliannya sedia untuk terus berjuang biarpun sedar bahawa Arsenal mempunyai kelebihan untuk kekal dalam kelompok empat pasukan teratas.

Spurs gagal mempamerkan aksi konsisten sejak memasuki tahun baharu 2022, namun mereka berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan West Ham United 3-1 awal pagi semalam sekali gus ia adalah kali pertama dilakukan sejak awal Disember tahun lalu.

Jaringan sendiri Kurt Zouma serta dua gol dari Son Heung-min yang kesemuanya hasil umpanan Harry Kane menyaksikan Spurs kini berada di kedudukan kelima dan ketinggalan tiga mata berbanding Arsenal.

Ketika ini Arsenal masih kekurangan satu perlawanan dan tarikh untuk aksi pertemuan kedua-dua pasukan yang tertangguh sebelum ini juga masih belum diputuskan.

“Satu-satunya cara untuk kami menekan Arsenal adalah dengan mendapatkan tiga mata. Masih ada sembilan perlawanan untuk diharungi dan kami perlu menganggap setiap perlawanan itu adalah aksi final.

“Bersama Spurs, saya sedar bahawa kami belum mencapai tahap pasukan hebat seperti yang lain tetapi saya gembira untuk melihat prestasi kami yang semakin meningkat. Saya melihat kami sebuah pasukan yang sangat baik pada perlawanan ini.

“Perlawanan hari ini tidak mudah buat kami tetapi saya fikir kami sudah bersedia untuk turun menentang sesiapa sahaja,” katanya.

Kejayaan Kane melakukan dua umpanan buat Heung-min menyaksikan pasangan itu terus menambah rekod jaringan hasil gandingan bersama kepada 39 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI