fbpx

Negara catat 4 juta kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh negara kini mencecah 4,010,952 kes, selepas pertambahan sebanyak 17,828 kes jangkitan harian dilaporkan semalam.

Dalam masa sama, sebanyak 28,003 kes sembuh semalam sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,712,668 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 156 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 9,121 kes (51.16 peratus), kategori dua sebanyak 8,551 kes (47.96 peratus), kategori tiga sebanyak 55 kes (0.31 peratus), kategori empat sebanyak 48 kes (0.27 peratus) dan kategori lima 53 kes (0.30 peratus).

“Daripada 156 kes kategori tiga, empat dan lima, 33 kes (21.15 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 64 kes (41.03 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 59 kes (37.82 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 109 kes (69.87 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 91 kes (58.33 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 358 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 199 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 63 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 34,463 kes manakala, 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,245 kes. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI