fbpx

WHO senarai tiga maklumat salah koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan menyembur cecair pembasmi kuman di Gedung Beli-belah Kanak-kanak Pyongyang baru-baru ini. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa terdapat maklumat salah berhubung varian Omicron, BA.2 yang tersebar sehingga menyebabkan salah faham meluas, lapor laman berita Wion News semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas jangkitan baharu global meningkat sebanyak lapan peratus pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove menegaskan awal minggu lalui bahawa terdapat banyak maklumat  yang salah di luar sana.

“Kita mempunyai sejumlah besar maklumat yang salah di luar sana. Maklumat salah bahawa Omicron adalah penyakit ringan, pandemik telah berakhir dan Omicron adalah varian terakhir yang perlu ditangani. Ini benar-benar menyebabkan banyak kekeliruan,’’ kata Kerkhove.

Pengarah Eksekutif WHO, Mike Ryan pula berkata, virus Covid-19 itu belum menjadi penyakit bermusim, manakala corak jangkitannya belum dapat diramal. 

“Ia menular dengan mudah. Virus ini akan terus menular di seluruh dunia disebabkan penurunan tahap imuniti dan vaksin yang tidak bertindak secara sempurna untuk menangkis  jangkitan.

“Begitulah cara virus berfungsi. Ia berjangkit dalam komuniti dan akan bergerak dengan cepat ke komuniti seterusnya yang tidak dilindungi,’’ kata Ryan.

WHO pada minggu lalu turut melaporkan lebih 11 juta jangkitan baharu di seluruh dunia dengan 43,000 kematian. Angka tersebut merupakan peningkatan kira-kira lapan peratus.

Untuk tiga minggu sebelumnya, jumlah kematian akibat Covid-19 telah berkurangan di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI