fbpx

Parodi lagu baharu DSV ‘hangatkan’ aplikasi TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video parodi 'Ku Ikhlaskan' yang dimuat naik pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Single terbaharu usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ yang mula ditayangkan di saluran YouTube miliknya pagi tadi terus mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terkini, segelintir netizen mula bertindak kreatif menghasilkan video parodi lagu berkenaan yang ketika ini ditonton lebih 356,000 kali di YouTube milik DSV Entertainment.

Kesemua video parodi itu dimuat naik di laman TikTok dengan menggunakan nyanyian Vida sebagai suara latar selain turut meniru pakaian dan jenis solekan usahawan tersebut.

Antara jenis solekan yang ditiru termasuk menebalkan bibir dengan gincu merah selain menggunakan pelbagai jenis bahan seperti selimut, tikar mengkuang, sejadah, bakul sampah dan bingkai gambar bagi meniru pakaian DSV.

Sementara itu, rata-rata netizen turut terhibur dengan video parodi tersebut yang disifatkan sebagai kreativiti.

“Hari ini saya benar terhibur, kreatif buat video parodi,” jelas Kalzainal.

“Habislah, semua mahu buat parodi lagu DSV,” seloroh Aisyalee.

Lagu Ku Ikhlaskan merupakan ciptaan Amy Ukays manakala lirik pula ditulis oleh Vida sendiri. Menariknya, video muzik lagu itu menampilkan gaya dan personaliti DSV yang berlainan sesuai dengan konsep meruntun jiwa yang ingin disampaikan dalam karya tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI