fbpx

Malaysia mahu kekal ahli majlis ICAO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PUTRAJAYA – Malaysia mahu terus kekal sebagai ahli majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Kategori III bagi penggal 2022-2025.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ketika ini beliau berada di Montevideo, Uruguay bagi menghadiri Perhimpunan XXIV Suruhanjaya Penerbangan Awam Amerika Latin (LACAC) sebelum ke Perhimpunan Agung ICAO Sesi Ke-41.

Menurut beliau, Malaysia akan mengesahkan semula komitmennya untuk terus menyokong inisiatif ICAO ke arah perkhidmatan penerbangan yang lebih selamat dan cekap di seluruh dunia.

Malaysia sebagai hab penerbangan di rantau ini adalah pemain berpengaruh dalam industri di peringkat global dan akan terus membentuk hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan negara-negara anggota LACAC.

“Saya dan pegawai Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menghadiri beberapa mesyuarat dan perbincangan dua hala mengenai isu berkaitan penerbangan antarabangsa serta peranan Malaysia dalam sektor ini,” katanyadalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ka Siong, beliau akan menyampaikan ucapan pada Perasmian Perhimpunan sebagai ketua delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ujarnya, Malaysia akan mendapatkan sokongan daripada negara-negara LACAC sempena pencalonan Malaysia untuk mengekalkan kerusi ahli majlis ICAO itu.

“Saya dan delegasi Malaysia akan bertemu dengan rakan sejawatan dari negara Amerika Latin termasuk mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden ICAO dan LACAC. Sokongan mereka penting bagi membolehkan Malaysia mengekalkan kerusi dalam Majlis ICAO untuk penggal keenam berturut-turut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI