fbpx

‘Comeback’ Big Bang kian dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIG BANG

BERITA yang paling dinanti-nantikan penggemar setia kumpulan popular Big Bang apabila tarikh kemunculan semula mereka dalam industri muzik K-pop semakin hampir.

Big Bang yang kini memacu langkah seni dengan empat anggota tanpa seorang lagi ahlinya iaitu Seungri akibat skandal pelacuran dan judi, dilaporkan sudah pun menyiapkan proses penggambaran video muzik rasmi lagu baharu mereka.

Menurut sumber daripada agensi naungan mereka iaitu YG Entertainment, G-Dragon, T.O.P, Daesung dan Taeyang baru sahaja menyiapkan video muzik mereka sempena kemunculan semula dalam industri pada musim panas ini.

“Persiapan ke arah itu sedang berjalan dengan sangat lancar. Kami akan maklumkan kepada peminat tentang tarikh sebenar kemunculan semula Big Bang selepas diputuskan,” katanya.

Kehadiran Big Bang dengan buah tangan terbaharu kali ini menyaksikan kemunculan semula kumpulan itu selepas empat tahun berehat daripada sebarang aktiviti seni.

Kali terakhir kumpulan yang digelar King of K-pop itu muncul dengan produk muzik adalah pada 2018 menerusi Flower Road.

‘Comeback’ yang dinanti-nantikan itu juga menyaksikan Big Bang meneruskan kemaraan dengan empat ahli biarpun T.O.P sudah meninggalkan YG Entertainment pada Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI