fbpx
Ahmad Samsuri.

Bantu rakyat hadapi impak ekonomi global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengesyorkan kerajaan negeri melaksanakan kajian impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Baginda bertitah, perkembangan ekonomi dunia dijangka menunjukkan trend menurun yang bakal memberi kesan terhadap banyak negara khasnya membangun seperti Malaysia terkesan.

“Serangan tentera Rusia ke atas Ukraine akan mendatangkan impak yang sangat teruk kepada ekonomi dunia.

“Sekatan ekonomi dikenakan ke atas Rusia turut menyebabkan harga komoditi di pasaran dunia seperti bahan api dan bahan makanan seperti gandum dan jagung meningkat,” titah baginda pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 di sini hari ini.

Titah baginda dibacakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sultan Mizan bertitah, perkembangan tersebut akan mendatangkan kesan langsung kepada harga bahan makanan tempatan.

Baginda bertitah, ia diburukkan dengan lonjakan harga minyak mentah Brent yang akan meningkatkan kos pembuatan dan pengeluaran sekali gus memberi kesan rantaian ekonomi khasnya kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

“Kedua-dua golongan ini (B40 dan M40) sudah pun terkesan dan terbeban dengan harga barangan khasnya makanan yang meningkat dan kes sampingan ke atas punca pendapatan (mereka) ekoran penularan Covid-19.

“Data terkini merekodkan 985 golongan miskin tegar dan 26,526 miskin di Terengganu yang memerlukan perhatian semua pihak,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

POPULAR