fbpx

10 juta penduduk Ukraine jadi pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk melihat keadaan rumahnya yang rosak akibat serangan peluru berpandu di Kiev, semalam. – AFP

GENEVA – Dianggarkan seramai 10 juta penduduk Ukraine telah meninggalkan kediaman masing-masing akibat serangan oleh tentera Rusia, lapor agensi berita United Press International semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi berkata, angka itu termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dan masih berada di Ukraine serta pelarian yang telah keluar dari negara itu.

“Antara kesan peperangan di mana-mana sahaja di dunia adalah orang awam yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka,” kata Grandi.

UNHCR dalam satu kenyataan semalam turut berkata, seramai 902 orang awam telah terbunuh, manakala 1,459 lagi cedera sejak serangan Rusia bermula. Daripada angka itu, 75 adalah kanak-kanak.

Kebanyakan daripada kematian pula berpunca daripada letupan senjata seperti tembakan dan peluru berpandu.

Selain itu, data data UNHCR turut menunjukkan hampir 3.4 juta penduduk Ukraine telah meninggalkan negara itu sejak perang bermula sehingga kini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI