fbpx

Barat hilang keyakinan terhadap Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar Ukraine menaiki kereta kebal di wilayah Donetsk pada 28 Jun lalu. - AFP

KIEV – Negara-negara Barat yang menyokong Kiev hilang keyakinan terhadap keupayaan tentera Ukraine untuk menembusi pertahanan Russia, demikian menurut dakwaan beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) dan negara lain kepada stesen penyiaran CNN kelmarin.

“Penduduk Ukraine masih berpeluang melihat sedikit kemaraan (tentera Ukraine) dalam beberapa minggu akan datang.

“Namun, untuk mereka benar-benar membuat kemajuan yang akan mengubah keseimbangan konflik ini, saya fikir ia sangat tidak mungkin berlaku,” kata seorang diplomat kanan Barat kepada CNN yang enggan mendedahkan namanya.

Ukraine melancarkan serangan balas yang sekian lama ditunggu-tunggu terhadap tentera Russia pada awal Jun lalu dengan menyerang beberapa lokasi di sepanjang barisan hadapan dari Zaporizhzhia ke wilayah Donetsk.

Bagaimanapun, tentera Russia telah menyediakan medan periuk api, parit dan kubu pertahanan selama beberapa bulan yang setakat ini gagal diatasi oleh askar Ukraine.

Selepas mara ke medan periuk api tanpa sokongan udara, unit terlatih Ukraine yang medapat latihan Barat dan dilengkapi peralatan peperangan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlanmtik Utara (NATO) mencatatkan jumlah korban yang amat besar.

Ia kehilangan seramai 43,000 anggota tentera dan 4,900 senjata berat dalam masa lebih dua bulan, demikian menurut angka terkini Kementerian Pertahanan Russia.

Walaupun usaha terbaik ketua angkatan tentera Ukraine, Jeneral Valery Zaluzhny, untuk meyakinkan AS bahawa usaha peperangan berpihak kepada mereka, pegawai memberitahu CNN bahawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy tidak lama lagi mungkin didesak untuk ‘menuntut keamanan’ daripada Russia jika kemaraan masih terhenti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI