fbpx

Real Madrid buru kemenangan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALABA (kanan) mahu memastikan Real meraih kemenangan buat kali ketiga ke atas Barcelona musim ini. – AFP

MADRID – Pemain pertahanan Real Madrid, David Alaba percaya pasukan itu berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi El Clasico menentang Barcelona pada saingan La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Meskipun baharu menyertai pa­sukan itu musim ini, namun Alaba sudah dapat merasai kehangatan perlawanan yang me­nemukan dua pasukan terbaik dunia itu ketika menang 2-1 Oktober lalu.

Justeru, dia percaya Los Blancos mampu mencatat kemena­ngan ketiga ke atas Barcelona musim ini selepas turut menewaskan skuad kendalian Xavi Hernandez itu di separuh akhir Piala Super Sepanyol dan aksi pusingan pertama La Liga itu.

“Pasukan berada dalam ke­ada­an terbaik ketika ini, lebih-lebih lagi prestasi pasukan sa­ngat konsisten. Semua pemain tahu apa yang perlu dilakukan pada perlawanan itu nanti.

“Saya fikir banyak perkara yang akan menjadi kunci untuk kami tewaskan Barcelona. Kami perlu lakukan segala-galanya ji­ka mahu memastikan tiga mata menjadi milik Real,” kata pemain Austria itu.

Dia yang juga bekas pemain Bayern Munich menjelaskan, Real perlu memastikan tiga mata menjadi milik mereka bagi menghadiahkan kegembiraan buat pe­nyokong-penyokong setia Los Blancos.

“Bermain dalam perlawanan El Clasico adalah sesuatu yang sangat hebat dan menarik.

“Bagi saya, ia adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana perlawanan bertemu Barcelona sangat penting kepada penyokong kami,” ujar Alaba.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI