fbpx

Perak FC gagal bermula baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Mohamad Farid Khazali (kiri) mengawal bola dari pemain PDRM FC, Mohamad Nabil Ahmad Latpi (kanan) dalam perlawanan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak, Ipoh hari ini. FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Impian Perak FC membuat permulaan baik pada saingan Liga Perdana 2022 tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada PDRM FC di Stadium Perak, sebentar tadi.

Perak yang mendaftar 20 pemain hanya menyenaraikan 16 pemain termasuk tiga penjaga gol berbanding pelawat yang lengkap 20 pemain.

Sang Saka Biru bermula garang dengan menyerbu ke arah kubu tuan rumah tetapi mendapati benteng Perak kental.

Selepas berjaya menyerap asakan pelawat, Perak mula mengancam PDRM dengan asakan.

Kesungguhan mereka berhasil apabila Royizzat Daud memanfaatkan kelalaian benteng PDRM semasa sepakan bebas untuk menyumbat gol pendahuluan pada minit ke-13.

Kapten, Muhammad Firdaus Saiyadi hampir meletakkan Perak 2-0 di hadapan apabila sepakannya terkena palang 13 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI