fbpx

HTJ siasat keluhan waris Jahidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Jahidah yang semakin kurus dengn luka 'bedsore di bahagian belakang badan dan kakinya yang semakin teruk ketika ditemui di Bandar Sri Sendayan di sini baru-baru ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Satu pasukan khas telah ditubuhkan pihak Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini bagi menyiasat sebuah video tular berkaitan waris pesakit yang tidak berpuas hati dengan penjagaan kakaknya di wad 6A hospital tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan(JKNNS), Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, pasukan khas itu yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan telah memulakan siasatan dalaman bagi menyiasat isu tersebut secara teliti.

“HTJ telah mengambil tindakan menghubungi pengadu bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai perkara yang telah dibangkitkan.

“JKNNS memandang serius isu itu dan memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian sehingga siasatan dalaman ini selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak JKNS akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang dimuat naik waris pesakit di aplikasi TikTok yang memaparkan keadaan kakaknya yang didakwa tidak dijaga dengan baik di wad 6A HTJ.

Menerusi video berkenaan berdurasi 17 saat itu ditunjukkan kaki pesakit yang berkudis dan luka ‘bedsore’di belakang badannya semakin teruk, malah waris memaklumkan badannya kurus kering dan badan berdaki hitam sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan keadaan fizikal mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, berubah menjadi kurus selain luka ‘bedsore’ di belakang badannya semakin teruk selepas dibenarkan keluar dari Wad HTJ di sini, 11 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI