fbpx

Suami, bekas suami culas beri nafkah akan dibekukan akaun bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang culas dalam melunaskan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak berdepan tindakan akaun bank disekat. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah bakal berdepan tindakan sekatan dan pembekuan akaun bank.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sesi penggulungan perbahasan Perhimpunam Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, apabila kes mahkamah dimenangi oleh kaum wanita berkaitan tuntutan nafkah, sukar untuk lelaki yang membayar nafkah dan kebanyakan mereka ingkar dengan keputusan tersebut.

Jelasnya lagi, sekiranya pembekuan akaun telah dilakukan dan pihak mahkamah telah mengeluarkan jumlah pembayaran kepada isteri atau bekas isteri, pihak bank sendiri akan melunaskan bayaran tersebut terus kepada akaun isteri.

“Dengan keputusan ini, UMNO ingin menjaga kepentingan wanita itu sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI