fbpx

Pelarian Ukraine boleh tinggal 3 tahun di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memakai pelitup muka warna bendera Ukraine semasa mendengar ucapan Presiden Volodmyr Zelenskyy di Dewan Rakyat, Bukit Parlimen, Ottawa di Kanada pada 15 Mac lalu. - AFP

OTTAWA, Kanada – Ottawa mengumumkan kelmarin bahawa pihaknya sedang mewujudkan sebuah program imigresen baharu yang akan menawarkan permit pemastautin sementara di Kanada untuk tempoh sehingga tiga tahun kepada rakyat Ukraine.

Program itu menyasarkan warga Ukraine yang melarikan diri daripada pencerobohan Rusia.

Kanada mempunyai penduduk berketurunan Ukraine yang besar, terutamanya di tengah dan barat negara itu.

“Rakyat Ukraine dan ahli keluarga terdekat mereka daripada mana-mana kewarganegaraan boleh tinggal di Kanada sebagai penduduk sementara sehingga tempoh  tiga tahun.”

“Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian dan memberikan data biometrik mereka dalam bentuk cap jari dan gambar.

“Pelarian Ukraine itu juga boleh memohon permit kerja dan belajar secara serentak di Kanada demikian menurut kenyataan pihak berkuasa.

Menurutnya, rakyat Ukraine dan keluarga mereka yang telah menetap di Kanada juga akan mendapat manfaat daripada langkah baharu itu dan boleh “melanjutkan status pelawat atau permit kerja mereka selama 3 tahun lagi, memohon permit kerja atau belajar baharu, atau melanjutkan permit sedia ada mereka.”

Menurut angka  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan kelmarin,  lebih tiga juta orang telah melarikan diri dari Ukraine sejak pencerobohan Rusia bermula  pada 24 Februari lalu dengan lebih separuh daripada mereka berlindung di Poland. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI