fbpx

Layan tetamu Allah dengan elok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. -GAMBAR: ZULFADHLI ZAKI

MASJID adalah rumah Allah di atas muka bumi ini dan sesiapa sahaja daripada kalangan orang Islam boleh mengunjunginya untuk beribadat dengan selesa tanpa gangguan.

Lain hal ceritanya apabila segelintir ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang bertindak seolah-olah masjid itu mereka yang punya, walhal hanya menjalankan amanah menguruskan rumah ibadat tersebut.

Baru-baru ini seorang rakan yang ada urusan di satu tempat di Selangor mengunjungi masjid di kawasan tersebut untuk mendirikan solat Jumaat dan itulah kali pertama dia ke situ.

Selepas mengimbas kod QR MySejahtera yang berada di pintu masuk masjid, dia mencari-cari tempat di koridor (luar) yang agak besar ruangnya kerana bahagian dalam sudah dipenuhi jemaah yang datang.

Dia terus ke bahagian depan memandangkan masih banyak ruang kosong di situ, namun alangkah terkejutnya apabila ketika mahu duduk dia diminta memenuhkan bahagian belakang terlebih dulu.

Dengan suara yang agak tinggi, AJK itu berkata: “Penuhkan belakang dulu bro (saudara), tak kan tak biasa.”

Rakan penulis agak terkejut dengan situasi itu kerana dia baru pertama kali mengunjungi masjid itu tidak sepatutnya dilayan seolah-olah sudah biasa dengan ‘adat’ yang diamalkan iaitu perlu memenuhkan bahagian belakang dahulu.

Lagipun, suara AJK tersebut agak tinggi dan sesiapa sahaja yang mendengarnya boleh berkecil hati seolah-olah mereka yang datang ke masjid tidak tahu adab dan peraturan di situ.

Sepatutnya sebagai seorang AJK, perlu melunakkan suara agar mereka yang datang ke rumah Allah berasa tenang untuk beribadat dan bukannya berprasangka yang bukan-bukan terhadap pihak pengurusan masjid berkenaan.

Selepas kejadian itu, rakan penulis yang berkecil hati itu mengunjungi masjid lain yang berdekatan sekiranya dia mempunyai urusan di tempat tersebut.

Dalam hal ini, sepatutnya, apabila ada ramai orang datang ke rumah Allah, kita perlu meraikannya, bukannya berkata-kata dalam keadaan seolah-olah marah atau menggunakan bahasa yang boleh mengguris perasaan jemaah.

Lagi satu, segelintir AJK masjid yang ditemui bermula kelat dan agak ‘bengis’ ketika berurusan dengan jemaah yang datang dan ini adalah sesuatu yang tidak sihat untuk diamalkan.

Sepatutnya, sambutlah tetamu Allah yang datang dengan baik dan cakap elok-elok, bukannya dengan nada sindiran kerana masjid bukan kita punya, cuma menjalankan amanah untuk menjaganya sementara masih bernafas di muka bumi ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI