fbpx

Langkah Barca semakin gagah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (kiri) dan Pedri meledak gol buat Barcelona ketika menewaskan Galatasaray 2-1 untuk mara ke suku akhir Liga Europa. – AFP

ISTANBUL – Penyerang sensasi Barcelona, Pierre Emerick-Aubameyang mengakui puas apabila berjaya menjadi wira untuk membantu pasukan mara ke peringkat suku akhir dengan menyingkirkan Galatasaray pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Catalans telah bangkit daripada ketinggalan apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol menerusi Marcos Texeira sebelum mememangi perlawanan hasil ledakan Pedri dan Aubameyang untuk menamatkan saingan dengan agregat 2-1.

Bekas penyerang Arsenal itu percaya kerja keras yang dilakukan selama hampir dua bulan sejak berhijrah ke Camp Nou membuahkan hasil apabila berjaya merekodkan tujuh gol dalam tujuh perlawanan terakhir.

“Tiada rahsia mengenai pres­tasi saya ketika ini selain daripada bekerja keras pada sesi latihan dan fokus sepenuhnya untuk membantu pasukan. Namun, apa yang paling penting adalah saya sangat gembira untuk berada di Barcelona.

“Justeru, jika anda gembira dengan apa yang dilakukan, situa­si sekarang ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan saya berazam untuk memastikan pasukan dapat mara sejauh mungkin pada kejohanan ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Barcelona, Xavi Hernandez memuji jaringan menarik yang dilakukan oleh Pedri selain percaya pemain berusia 20 tahun itu memiliki masa depan yang cukup cerah untuk menjadi salah seorang bintang bertaraf dunia.

“Jaringan yang Pedri lakukan itu sangat menarik kerana dia berjaya menggelecek pertahanan lawan dengan mudah. Saya percaya prestasinya akan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI