fbpx

Kerajaan kaji jumlah sebenar generasi kedua Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kiri) melepaskan belon sebagai simbolik perasmian Larian Bukit Salor di Bukit Salor, Jeli hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

JELI – Kerajaan sedang membuat kajian lebih terperinci mengenai jumlah sebenar generasi kedua peneroka Felda dalam usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan lain-lain bantuan kepada mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, generasi itu kebiasaannya dilihat mempunyai masalah berkaitan perumahan, peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi di kawasan Felda yang kurang memberangsangkan.

Menurutnya, selain itu, peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak menyeluruh di Felda menyebabkan golongan tersebut berhijrah untuk mendapatkan peluang bekerja di luar.

“Setakat ini, lebih dua juta peneroka daripada 317 Rancangan Felda telah dikenal pasti di seluruh negara, namun data itu masih belum lengkap memandangkan ada yang sudah berhijrah malah ada yang masih tinggal di Felda.

“Sehubungan itu, kerajaan perlu mendapatkan maklumat secara menyeluruh bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan ruang kepada anak muda generasi baharu Felda agar berjaya ke peringkat lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Larian Bukit Salor di sini hari ini selain meninjau projek penambahbaikan infrastruktur pelancongan di kawasan itu yang dianggarkan berjumlah RM 300,000.

Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, kerajaan turut menyediakan Program Pembangunan Peneroka yang bakal memberi manfaat kepada 55,000 peserta, termasuk generasi kedua yang terlibat dalam pelaksanaan projek itu.

Menurutnya, program itu merangkumi projek ternakan dan pertanian seperti ternakan lembu pedaging serta tanaman nanas MD2 dan halia muda. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI