fbpx

Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri menjelang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di tujuh negeri menjelang petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, amaran hujan lebat dan ribut petir telah dikeluarkan melibatkan negeri Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu di sekitar pedalaman di Perak manakala di Johor pula melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

“Ramalan hujan lebat dan ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Sarawak dan seluruh pantai barat serta pedalaman Sabah,” ujarnya.

Justeru itu, MetMalaysia menasihati orang ramai yang berada di lokasi berkenaan agar berhati-hati berikutan hujan lebat dan ribut petir boleh menyebabkan angin kencang, banjir kilat dan kerosakan pada struktur bangunan yang tidak kukuh.

Kelmarin, banjir kilat dilaporkan berlaku di sekitar bandar Bentong, Pahang dan beberapa buah kampung berhampiran Sungai Penjuring susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak pukul 5 petang.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Perting, Kampung Kemansur, Kampung Repas, Kampung Chamang dan Kampung Sungai Penjuring.

Air dari Sungai Penjuring mula melimpah masuk ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI