fbpx

Rakyat Ukraine gali kubur besar, kebumikan 53 mangsa perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKYAT Ukraine telah menggali kubur besar untuk mengebumikan 53 mangsa yang terbunuh akibat serangan Rusia di bandar Chernihiv. – Telegram/Pravda_Gerashchenko

KIEV – Rakyat Ukraine dilaporkan telah mengebumikan 53 mayat di dalam satu kubur besar selepas mereka terbunuh dalam letupan bom dahsyat di bandar Chernihiv, lapor akhbar Daily Star semalam.

Antara yang terkorban termasuk tiga kanak-kanak dengan laporan menunjukkan bahawa beberapa warga Amerika Syarikat (AS) turut menjadi mangsa.

Minggu keempat pencerobohan tentera Presiden Vladimir Putin itu menyaksikan satu letupan bom kuat melanda bandar itu, demikian menurut Gabenor Viacheslav Chaus.

“Kami mengalami kehilangan besar, seramai 53 rakyat terbunuh semalam,’’ kata Chaus.

Laporan itu dibuat selepas 10 orang terbunuh apabila tentera Rusia didakwa melepaskan bedilan artileri ke arah orang awam yang beratur untuk mendapatkan bekalan roti.

Berita mengenai warga AS yang terbunuh itu dilaporkan oleh The Sun. Akhbar berkenaan mendakwa bahwa serangan bom kuat itu menyasarkan orang awam tidak bersenjata, menyebabkan 53 penduduk maut.

Oligarki Rusia (golongan elit), Mikhail Fridman telah memberi amaran bahawa sekatan Barat ke atas Presiden Vladimir Putin dan Moscow tidak akan menghentikan pencerobohan tentera negara itu.

Fridman telah berkata, kuasa Barat tidak memahami apa-apa tentang bagaimana kelompok dalaman oligarki beroperasi dan betapa sukarnya untuk menghentikan pencerobohan Putin ke atas Ukraine.

Anggaran AS menunjukkan bahawa kira-kira 7,000 tentera Rusia telah terkorban dalam pertempuran itu dan lebih ramai lagi mula menembak kaki sendiri untuk cuba mengelak daripada bertempur di Ukraine kerana isu moral. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI