fbpx

MOF nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan disahkan palsu hari ini oleh Kementerian Kewangan.

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menafikan menerima surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang tular di laman sosial hari ini.

MOF dalam satu hantaran di Twitter berkata, fokus Tengku Zafrul kekal bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu pandemik Covid-19.

Difahamkan, kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan sepucuk surat didakwa sebagai surat peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan.

Bagaimanapun, surat bertarikh 16 Mac itu disahkan palsu hari ini selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI