fbpx

Cuaca buruk di lapan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.

“Di Perak, amaran dikeluarkan di Kinta, Kampar dan Batang Padang manakala di Kelantan melibatkan Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu, cuaca buruk dijangka tertumpu di Setiu dan Dungun sementara di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran,” katanya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Jempol dan Tampin manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, cuaca buruk diramal berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) serta Labuan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI