fbpx

Tiada pembubaran DUN Kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan bahawa kerajaan melibatkan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir parti itu tidak akan menasihati Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan hingga tamat tempoh pada tahun 2023.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih terkesan akibat banjir besar, Covid-19, selain kos sara hidup tinggi.

“Majlis Presiden menegaskan bahawa fokus segala usaha pada waktu ini harus ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi,” katanya tadi.

Majlis Presiden PH dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI