PETALING JAYA – Hasrat calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi tidak kesampaian apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN). Mohd. Faizal Ramli.
Mohd. Faizal berjaya mempertahankan kubu BN itu dengan memperoleh 6,061 undi mengatasi Aminuddin yang mendapat 4,393 undi.
Calon Bersatu, Zamri Md Said pula memperoleh 317 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan usaha PH untuk menembusi kubu tradisi BN di Linggi gagal.
Untuk rekod, Aminuddin sebelum ini merupakan penyandang DUN Sikamat dan mewakili kawasan itu selama empat penggal sejak 2008.
Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk berpindah ke DUN Linggi atas pilihan sendiri bagi menyahut cabaran politik baharu. – KOSMO! ONLINE














