fbpx

sooka tampilkan aksi sukan global terbaik, hiburan pilihan anda!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi sukan global menjadi taruhan sooka untuk menarik peminat melanggan pakej yang ditawarkan pada harga serendah RM41.90.

MUTAKHIR ini, aplikasi penstriman telah menjadi satu platform pilihan penonton millennial untuk menonton kandungan-kandungan yang mereka gemari.
sooka merupakan satu aplikasi yang menjadi pilihan penonton kini kerana ia menawarkan pelbagai kandungan premium yang tiada pada laman penstriman lain.

Diinspirasikan daripada perkataan berbahasa Melayu, ‘suka’, sooka merupakan aplikasi penstriman yang menawarkan kandungan percuma dan berbayar.

Walaupun baharu dilancarkan pada tahun lalu, kini sooka telah mempunyai 2.9 juta jumlah pengguna dan lebih daripada satu juta muat turun.

Aplikasi sooka dibangunkan bagi memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan premium yang menepati selera pengguna millennial dan mudah untuk diakses.

sooka menawarkan pelan menarik untuk pilihan pelanggan.

Dalam masa yang sama, sooka juga menjadi satu ‘perpustakaan’ yang kaya dengan kandungan-kandungan sukan dan juga hiburan untuk tatapan penonton.

Aplikasi itu juga turut menawarkan dua pelan mampu milik untuk kandungan-kandungan tersebut yang dikenali sebagai pelan VIP+Sports dan pelan VIP Entertainment.

Melalui pelan VIP+Sports penonton berpeluang untuk menonton aksi sukan global terbaik secara langsung sepanjang tahun.

Selain itu, dengan melanggan pelan tersebut, penonton berpeluang untuk menonton kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris (Premier League), Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), kejohanan badminton BWF dan lain-lain lagi.

Antara aksi sukan global menarik yang boleh ditonton di sooka sepanjang Mac ini termasuk STL Champs Cup, kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England  dan perlumbaan Formula One (F1) Bahrain dan Arab Saudi.

Untuk melanggan pelan VIP+Sports ini harga yang ditawarkan adalah RM41.90 dan penonton boleh menonton aksi sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana jua dengan sooka.

Dalam pada itu, bagi pelan VIP Entertainment, sooka menawarkan kandungan hiburan terbaik Malaysia buat para penonton yang merangkumi drama tempatan, variety show, filem serta siri originals sooka sendiri.

Sepanjang Mac ini, sooka dihiasi dengan kandungan hiburan seperti drama I-Tanggang, Ipromise Janji Anaqi dan Tetuan Ang & Rahimin.

Drama bersiri tempatan, Love In Lockdown yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

Selain itu, filem Kelaster dan Butak serta siaran langsung Big Stage S4 dan The Masked Singer Malaysia S2 juga turut boleh ditonton oleh penonton dengan hanya perlu melanggan pelan tersebut.

Pelan VIP Entertainment juga ditawarkan pada harga mampu milik iaitu serendah RM15.90 sebulan.

Apa yang lebih menarik, sooka juga tidak ‘mengikat’ pelanggan yang sudah mendaftar dan memuat turun sooka untuk tempoh tertentu.

Melalui kaedah ini, ia akan membolehkan pelanggan membatalkan langganan mereka pada bila-bila masa tanpa perlu memikirkan soal kontrak yang perlu mereka patuhi.

Dalam masa yang sama, sepanjang 2022 ini, siri originals sooka akan hadir dengan pelbagai genre lagi buat tatapan penonton.

Baru-baru ini, sooka telah melancarkan buah tangan sulung mereka yang merupakan siri originals berjudul Love In Lockdown dan telah menemui penonton sejak 20 Februari lalu.

Pelancaran siri originals itu merupakan simbolik dan introduksi kepada khalayak mengenai kandungan menarik yang bakal ditawarkan sooka sepanjang tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI