fbpx

Malaysia sokong 15 Mac sebagai Hari Perangi Islamofobia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

PUTRAJAYA – Malaysia menyokong teguh resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah mengisytiharkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, resolusi yang ditaja bersama Malaysia itu merupakan hasil inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara lain lagi.

“Ia telah diterima pakai secara konsensus ketika Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang bertempat di New York, Amerika Syarikat (AS) pada semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain 57 negara anggota OIC, resolusi bersejarah tersebut turut ditaja bersama oleh tujuh lagi negara yang bukan ahli OIC iaitu China, Cuba, Filipina, Nicaragua, Rusia dan Venezuela.

Tarikh 15 Mac dipilih bagi memperingati insiden serangan berdarah ke atas jemaah Muslim semasa mereka solat Jumaat di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 2019 lalu.

Peristiwa yang turut menggemparkan masyarakat antarabangsa itu telah menyebabkan kematian seramai 51 orang dan kecederaan kepada 40 orang yang lain termasuk warga Malaysia.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin berkata, penerimaan resolusi itu adalah tepat pada masanya dalam mencerminkan keperluan yang mendesak menangani peningkatan diskriminasi agama.

“Resolusi ini mengecam segala bentuk tindakan keganasan atas sebab agama atau anutan kepercayaan, serta serangan tempat ibadah yang melanggar perundangan sejagat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI