fbpx

Majikan tidak pohon perakuan penginapan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan penginapan sekumpulan pekerja termasuk warga asing yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang diketuai JTK Pulau Pinang di Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Tidak membuat permohonan perakuan penginapan terhadap pekerja, namun pada masa yang sama mampu menyediakan penginapan kepada 14 orang pekerja tempatan dan asing termasuk dari Laos, Indonesia dan Nepal.

Itu antara kesalahan yang dikesan dalam Op Banteras yang dijalankan secara bersepadu oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain di sekitar Tasek Gelugor, di sini hari ini.

JTK negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesalahan gagal membuat perakuan penginapan itu akan disiasat dibawah Seksyen 24D dan Akta 446.

Katanya, majikan itu juga akan disiasat dibawah Peraturan Akta 446 kerana gagal mematuhi kehendak minimum penginapan untuk pekerja seperti yang digariskan dalam peraturan sebelum ini.

Ujar kenyataan itu, kesalahan lain yang turut dikesan dalam operasi itu ialah dibawah Perintah Gaji Minimum 2020 iaitu majikan gagal mematuhi kehendak gaji minimum RM1200 ketika diperiksa.

“Selain itu, terdapat juga pelanggaran dibawah Akta Kerja 1955 apabila kita mendapati ada majikan yang gagal menyimpan daftar pekerja serta gagal menyerahkan salinan kontrak perkhidmatan kepada pekerja.

“Pada masa yang sama, ada majikan yang menetapkan waktu bekerja melebihi 12 jam sehari serta gagal melaporkan penggajian pekerja asing seperti yang dipinta,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI