fbpx

Kereta mikro dijual pada harga RM610,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peel P50 hanya mempunyai satu tempat duduk dan tidak memiliki gear undur. - Car and Classics Auction/Triangle News

LONDON – Sebuah kereta mikro dikenali sebagai Peel P50 yang dihasilkan pada tahun 1960-an dijual dalam satu lelongan pada harga £111,000 (RM608,185), lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Kenderaan itu boleh dibawa sejauh 160 kilometer (km) bagi setiap gelen minyak dengan kelajuan 61 km sejam.

Kereta mikro Peel P50 hanya mempunyai satu ruang iaitu untuk pemandu dan tidak mampunyai gear undur. Jadi secara logiknya, pemandu perlu keluar dan menolak kereta itu ke belakang.

Model berwarna merah dari tahun 1963 itu dianggap antara yang paling awal seumpamanya dikeluarkan, dan mungkin juga merupakan satu prototaip.

Platform lelongan online, Car and Classics berkata, model kenderaan itu menjadi rebutan ketika sesi lelongan yang digambarkan seperti ‘peperangan’.

“Penampilannya yang padat dan imej ‘nakal’ yang diketengahkan menjadikannya pilihan menarik sebagai kereta untuk bersiar-siar di bandar.

“Sebahagian daripada tarikan lain adalah sejarahnya yang glamor dan ciri unik serta jarang dibina, lantas menjadikan Peel P50 satu objek bidaan rebutan sehingga mampu dilelong pada harga £111,000 (RM608,115),” kata jurucakap itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI