fbpx

Tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setakat ini tiga butang panic button telah dipasangkan di tiang di sekitar kawasan itu.

MELAKA – Polis Melaka menyediakan butang kecemasan untuk mangsa jenayah di sekitar Jonker Walk di sini dengan respons pantas akan diberikan dalam masa kurang tujuh minit.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, setakat ini tiga butang panic button telah dipasangkan di tiang di sekitar kawasan itu dan dijangka lima lagi butang akan ditambah menjelang Jun.

Kemudahan itu adalah projek rintis dan pertama kali dilaksanakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panic button ini merupakan inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama penuh syarikat Code 7 Tech Sdn. Bhd. untuk memberikan respons pantas kepada mangsa jenayah.

“Setakat ini kita telah memasangkan tiga butang iaitu di persimpangan Jalan Hang Kasturi, bersebelahan Smart Hotel dan di Taman Antarabangsa,” katanya selepas merasmikan pelancaran Emergency Panic Button Peringkat IPD Melaka Tengah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, butang kecemasan itu akan mengeluarkan bunyi siren dan signal diterima balai polis pelancong.

“Kita telah meletakkan waktu respons iaitu tujuh minit bagi pasukan ini tiba dilokasi jenayah, namun saya percaya waktu itu dapat disingkatkan lagi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI