fbpx

Pelajar habis kertas SPM lari dikejar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah dikejar polis disyaki berlaku di daerah Kluang, Johor.

KLUANG – Polis sedang menyiasat tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang secara melulu dan berbahaya di Jalan Lingkaran Tengah di sini kira-kira 2 petang Isnin lalu.

Difahamkan, penunggang terbabit dipercayai pelajar yang baru selesai menduduki kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, perbuatan itu dikesan pihaknya melalui satu rakaman video tular berdurasi 14 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun facebook ‘Aku Budak Kluang’ semalam.

“Polis sudah mengenal pasti beberapa individu daripada kumpulan terbabit yang dikesan melakukan perbuatan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihak polis menyeru semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna lain dan mengelakkan kemalangan.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan undang-undang dipatuhi dan mana-mana pihak yang melanggarnya akan diambil tindakan tanpa kompromi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI