fbpx

Lot perniagaan dijadikan stor, ‘port’ penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebuah lot di Jalan Pasar Butterworth yang didakwa menjadi sarang penagihan sehingga menakutkan peniaga di kawasan itu.

SEBERANG PERAI – Beberapa peniaga di pusat perniagaan di Jalan Pasar, Butterworth di sini melahirkan kegusaran apabila tapak perniagaan di situ ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’.

Situasi itu berlaku apabila sebahagian premis dijadikan stor oleh penyewa dan hanya dua lot sahaja beroperasi pada masa ini.

Tinjauan mendapati keadaan di sekitar pusat perniagaan ber­kenaan agak suram seolah-olah tiada sebarang aktiviti.

Pemilik restoran dikenali Hafiz, 30-an, mendakwa, pihak­nya sudah beberapa kali membuat aduan kepada agensi tersebut, namun kecewa apabila tiada tindakan selanjutnya diambil.

“Apa yang saya tahu, ada dalam kalangan penyewa sudah lama berniaga di tempat lain dan menjadikan lot tersebut sebagai stor kerana sewa murah RM800 sebulan,” katanya semalam.

Jelasnya, situasi itu mengundang kehadiran sekumpulan penagih dadah yang menjadikan lot tidak berpenghuni sarang penagihan.

“Ada ketikanya saya meng­halau mereka daripada berkumpul di situ kerana risau mengganggu perniagaan dan orang sekeliling,” ujarnya yang sudah berniaga di situ sejak dua tahun lepas.

Seorang peniaga, Muhamad Bajer Ismail, 53, mengakui ke­adaan sunyi di kawasan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan yang ada di situ ekoran kekurangan pelanggan.

“Sejak dua tahun buka kedai di sini, memang tak banyak orang. Kedai-kedai di sebelah memang ada pemilik, tapi banyak yang buat stor. Jadi, tempat ni agak suram,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`