fbpx

Lelaki lebih kerap curang, sukar untuk setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki lebih berkemungkinan mempunyai ciri keperibadian gelap dan lebih mudah menipu berbanding wanita. - Google

LONDON – Satu kajian terbaharu mendakwa bahawa kaum lelaki lebih cenderung memiliki personaliti buruk yang berkaitan dengan kecurangan berbanding wanita, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Ia termasuk tidak memiliki sifat simpati, bersikap manipulatif serta ganas.

Penyelidik dari Universidade da Coruna, Sepanyol menyiasat bagaimana ciri personaliti gelap mempengaruhi hubungan intim golongan muda.

Mereka bertanya kepada 308 peserta berumur antara 18 hingga 25 tahun mengenai kehidupan intim mereka, hubungan jangka panjang dan penggunaan bahan lucah.

Kemudian, penyelidik menilai apa yang dipanggil sebagai ciri keperibadian gelap dan pelepasan moral, bersama-sama 12 pembolehubah berbeza.

Ia termasuk manipulatif, narsisisme, psikopati, sadis, justifikasi moral, anjakan tanggungjawab, penyebaran tanggungjawab, tidak berperikemanusiaan dan atribusi menyalahkan.

Keputusan menunjukkan bahawa lelaki mempunyai tahap personaliti gelap dan ketiadaan moral yang lebih tinggi daripada wanita.

Mereka juga lebih cenderung untuk tidak kekal dengan satu hubungan dalam jangka masa lama, mudah menjadi rambang mata dan mempunyai banyak pasangan seksual jika melancong.

Kecenderungan ini mungkin menjelaskan mengapa lelaki kerap curang, satu sifat kekurangan kawalan diri, kata para penyelidik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI