fbpx

‘Kak Long 7E’ tular lagi, ajuk jalan OKU di FB Live

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman Facebook live 'Kak Long 7E' seolah-olah mempersendakan golongan OKU

PETALING JAYA – Isu mengenai seorang wanita yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ semakin mendapat perhatian orang ramai sejak awal Mac lalu.

Semalam, selepas tular kisah wanita itu diundang sebagai jemputan dalam sebuah program televisyen, dia sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini apabila rakaman siaran langsung Facebook yang memaparkan tindakannya seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).

Menerusi video tersebut, wanita terbabit dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.

Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.

“Malu la jadi mak kalau perangai macam ini, patutlah anak pun lebih kurang bahasanya, kalau yang patut tunjuk contoh baik pun gagal jaga adab,” komen seorang pengguna.

“Kalau Allah bagi cacat terus, baru dia insaf mungkin, berubahlah cepat, dari awal bulan cerita pasal mak cik ini tak habis-habis, dah kena kecam, minta maaf, esok video baru lagi, kecam lagi,” ujar pengguna yang lain.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, wanita tersebut tampil memohon maaf susulan video yang tular itu dan menafikan dakwaan orang ramai serta bertegas memaklumkan bahawa dia tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan OKU.

Bukan itu sahaja, dia sempat luah rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran pengguna media sosial yang hanya mencari kesalahannya untuk disebarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI